Thursday, February 17, 2011

Tips gaya hidup sihat

assalamualaikum.. =)


hari ni aku rasa ada sedikit keinsafan datang dalam diri aku.. aku rasa makin hari makin tak sihat.. macam makin tua.. ouchh! maksud aku, tua dalaman.. tuh sebenarnya petanda tak bagus kan? lagipun kita tak tahu jumlah kolestrol dalam darah.. siapa pernah cek? harem! jarang sekali yang pergi cek kesihatan organ dalaman dia.. aku lagi laa!




jadi, aku terfikir untuk ubah cara hidup aku.. walaupun sebenarnya susah gle weyh nak ubah cara hidup yang kita dah amalkan bertahun-tahun.. benda tuh macam dah sebati dengan diri kita.. tapi, aku akan cuba.. insyaAllah..


***********


contohnya, 


1. aku takkan skip meals lagi dah lepas ni.. kalau sebelum nih, aku jarang sekali ambil sarapan, dengan alasan tak sempat.. walaupun untuk minum segelas air pun, aku rasa tak sempat.. tapi, lepas nih aku akan cuba ambil sarapan setiap pagi.. sebenarnya, akhir-akhir nih aku dah mula ambil sarapan macam Nesvita 3-in-1 honey.. tak pun, aku beli swiss roll.. sebelum pergi kelas, boleh terus makan.. cukup lah kan.. janji perut tak kosong.. 




2. aku nak mula joging.. mungkin sekali seminggu, atau 2 kali seminggu.. yeah.. memang tak banyak.. tapi, kalau aku cakap aku nak buat setiap hari, nanti jadi penipuan pulak.. selama nih nak turun joging sebulan sekali pun susah, ni kan pulak nak joging setiap hari.. setiap perubahan tuh, mesti dilakukan secara beransur-ansur.. kalau buat secara drastik, takkan menjadi punya.. sebab badan kita tak mampu nak tanggung.. jadi, bersederhana!




3. aku akan kurangkan portion makanan.. eh.. sebenarnya memang dah lama aku kurangkan portion makanan yang aku ambil.. cuma, kadang-kadang tak tahan jugak nafsu tuh.. nafsu makan kuat gle dowh.. tapi, aku pasti aku boleh buat yang ni.. sebab sebelum nih pun aku dah pernah buat.. orait je.. 


4. minum air banyak-banyak.. walaupun aku bukan doktor, tapi aku tahu air nih sangat penting untuk badan kita.. sebab badan kita nih 2/3 adalah cecair kan.. setiap hari kita berpeluh, buang air, dan macam-macam lagi.. jadi, kita perlu gantikan cecair dalam badan untuk kekal sihat dan cergas..


selain tuh, air juga penting untuk buah pinggang.. kalau tak cukup air, buah pinggang kita tak mampu nak tapis segala kotoran dalam badan dengan berkesan.. macam kita cuci baju lah kan.. kalau sekadar rendam dalam air sabun.. lepas tu, terus perah untuk sidai tanpa bilas dengan air.. cuci ke tak pakaian tuh? hahh! macam tu lah jugak dengan buah pinggang.. kalau salah tolong betulkan aku..




jadi, aku akan minum air banyak-banyak.. 5.5 L air dalam botol besar tuh patutnya habis dalam 4 hari je.. erm.. aku beli air nih 2 hari lepas.. sekarang dah tinggal banyak nih, 




5. fastfood.. bila fikir terpaksa kurangkan makan fastfood, terus merana jiwa.. haish!




6. ermm.. perubahan lain aku akan buat kemudian.. buat masa sekarang, 5 nih je dulu.. tak boleh buat secara drastik kan.. =p 


jadi, jom hidup sihat! siapa sokong saya?


6 comments:

  1. saya sokong..
    jaga kesihatan semasa sihat..
    kalau dah start sakit, x guna dah..

    ReplyDelete
  2. betul! bila sakit, terkenang pulak waktu sihat.. mesti menyesal sebab tak jaga kesihatan..

    ReplyDelete
  3. semoga anda berjaya yer :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...