Friday, February 18, 2011

ribut taufan di UM.. berdosakah kami?

assalamualaikum.. hye.. 


siapa yang berada sekitar Lembah Klang semalam? nak lebih tepat, siapa yang berada di UM semalam? kalau korang berada di tempat kejadian, korang pasti akan berasa gerun.. gerun kenapa? 


meh aku tunjukkan kesan daripada apa yang berlaku di UM semalam..








pokok tumbang di mana-mana sahaja.. 





harta benda musnah ditimpa batang pokok.. nasib baik tak ada kemalangan jiwa kan..




pokok gergasi rebah.. kalau korang cam, pokok nih ialah pokok yang dekat dengan TasikVarsiti UM.. kat tengah-tengah kawasan lapang tuh.. bangunan putih kat belakang tuh pulak perpustakaan UM..


***********


gambar-gambar nih cuma sedikit daripada yang berlaku semalam.. kejadian nih berlaku sekitar pukul 6 hingga 7 petang.. masa tuh, aku ada kelas di Fakulti Sains.. lebih kurang pukul 6, tiba-tiba hujan turun dengan lebat tanpa mukaddimah! mula-mula, aku ingatkan hujan lebat biasa je.. sebab akhir-akhir nih, memang selalu hujan lebat bila petang..


lebih kurang pukul 6.30 petang, aku habis kelas.. bila keluar dari kelas, Ya Rabbi! aku baru tahu, rupanya hujan memang sangat lebat laa weh! sekali dengan ribut segala.. tak ada petir.. cuma ribut dan hujan lebat..  ada payung pun memang takkan berguna langsung punya laa.. sekadar tutup kepala, bawahnya masih kena tempias.. entah-entah, payung pun terbang sekali.. hoho~


jadi, aku dengan kawan-kawan aku tunggu je laa kat situ.. sampai pukul 7.. sebab pukul 7 tuh hujan berhenti tiba-tiba.. pelik.. mulanya dengan tiba-tiba, berhenti pun dengan tiba-tiba.. mula-mula, aku tak tahu pun pasal kejadian pokok tumbang nih.. pastu, kawan aku minta tolong hantarkan dia balik Kolej 8.. on the way tuh, baru aku perasan ada pokok tumbang rupanya.. depan Fakulti Bahasa dan Fakulti Sains Komputer.. tuh baru pokok yang tumbang.. ranting-ranting pokok yang kecik, daun daun pokok, toksah cerita laa.. penuh atas jalan tuh.. 


***********

pukul 2 tadi, aku ada discussion dengan member kelas kat Fakulti Pendidikan.. kalau nak pergi Fakulti Pendidikan tuh, memang sah-sah laa akan lalu depan Fakulti Undang-undang, Kolej 1, Kolej 2 semua tu.. woh! terkejut aku weyh! bila tengok banyak gle pokok tumbang.. yang paling aku terkejut, bila tengok pokok ni lah..





Subhanallah.. datangnya cuma seketika.. tapi, kesannya pasti memakan masa.. 


***********


balik dari discussion tadi, aku ingat nak park kereta bawah khemah depan Kolej 12 nih, tapi bila teringat pasal ribut semalam, tak jadi pulak.. kang runtuh khemah tu, tak pasal-pasal hempap kereta aku pulak.. huhu~ jadi, aku park kereta depan bangunan.. harapnya selamat laa kat situ..



sumber gambar >> [LINK]


7 comments:

  1. btul2. sgt menakutkan. Mungkin ada kaitan dgn ape2 kut? serius menakutkan. pg td gi kelas pun. byk sgt pokok2 yg tumbang, dekat fakulti. blakang kolej. apekah simbolik ini?

    ReplyDelete
  2. ingat dulu, kalau hujan lebat je, jalan dari fak sains ke kolej 3 mesti naik air..
    kalau malam lg bahaya sebab agak gelap..

    ReplyDelete
  3. sekarang pun macam tuh jugak.. tak berubah.. huhu dah laa banyak lubang2..

    ReplyDelete
  4. sekelip mata je keadian berlaku...

    ReplyDelete
  5. ui... dasyatnye gamba yg no. 3,4,5...
    kuasa tuhan..

    ReplyDelete
  6. iye.. kejap je dah jadi macam tu.. tp skang da normal balik daa.. pokok yang tmbang tu nampak tunggul je.. huhu~

    ReplyDelete
  7. aah.. ada banyak lg keta yg kena hempap ngan pokok.. kejadian x diduga.. huhu~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...