Saturday, January 22, 2011

[Tips] Keselamatan pemandu wanita

Assalamualaikum.. =D


hari ni terlintas pulak nak tulis pasal tips keselamatan bagi pemandu wanita.. pemandu lelaki aku rasa no hal punya.. diorang kan hero.. hero ke? kenapa aku tulis pemandu wanita.. sebab biasanya pemandu wanita nih laa yang biasanya jadi tumpuan lahanun lahanat jalanan nih.. wanita kan insan lemah.. isk.. tak seronok lah guna wanita.. macam skema sangat kan..  



ok.. jom mula.. 

*********


1. kuasai teknik memandu.. teknik memandu nih bukan lah maksudnya belajar sampai tahap drift.. maksudnya, masa nak undur kereta (reverse), tak ada laa terkial kial.. masa nak over take (potong kereta depan), tak laa terkedek kedek.. cilok lah senang kata.. kalau terpaksa pandu 120-140 km/j pun tak ada laa berpeluh tapak tangan.. nih contoh je laa.. 




2. jangan pakai kereta warna pink.. walaupun kereta myvi pink limited edition tuh lawa gilos, tengok je sudah.. kalau nak jugak, tempek gambar tengkorak sebijik kat belakang.. ahakz! sah sah orang ingat korang anak beranak gangster.. gangster comel tak cukup duit.. muahaha! yo lah kan.. dah laa kereta kaler pink, ada pulak tengkorak, tapi myvi je! LOL.. alang alang dah anak beranak gangster beli laa kereta kebaboom sikit kan.. aiyak.. aku dah lari topik.. haha




3. yang nih aku ada satu kemusykilan.. kalau tengok cerita melayu kan, yang stok stok jahat tuh.. kalau tiba tiba ada orang blok kereta dari depan, kenapa dia tak undur cepat cepat eh?? yang nak pi serah diri tuh kenapa?? alahai! LOL 


4. kalau masa pandu kereta tuh, tengok tengok lah cermin belakang.. jangan tengok depan je reti.. pastu, kalau ternampak atau terasa macam diekori, pandu kereta macam biasa je.. tu pun, kalau dia tak kejar laa.. dan pandu terus ke balai polis berhampiran! 





5. masa balik rumah, terutama malam malam kan.. kalau ternampak macam ada sesuatu mencurigakan, jangan keluar dari kereta.. lari je dari situ.. pergi buat repot polis.. jangan pulak konon konon pagi tadi baru tengok cerita ultraman, terus korang nak aplikasikan.. tak payah! lain kali je.. tak pun, praktis dengan anak buah dulu.. haha





6. jangan letak beg tangan atas kerusi.. sorok kat tempat letak kaki.. kalau beg tuh mahal harga seribu hengget sebijik, sayang nak letak kat tempat letak kaki, bawak laa lapik beg gebu satu.. alahai! 





7. kunci pintu kereta selalu! setiap kali aku naik kereta kan, mesti aku akan kunci pintu kereta.. mana laa tahu kan.. kot kot masa berhenti kat lampu isyarat, diorang boleh hulur tangan je untuk rompak handbag korang tuh.. kalau rompak handbag je takpe, kang diapa-apakan pemandu sekali, tak ke haru.. huhu~





8. pastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik.. jadi, kemungkinan untuk kereta rosak tengah jalan tuh kurang dan korang tak perlu minta bantuan sesiapa.. faham? lagi satu, hon mesti berfungsi.. senang nak tarik perhatian orang.. nampak jek ada yang mencurigakan datang, dekat kereta korang, terus bunyikan hon.. biar terkejut beruk dia.. haha


9. pakai kereta bullet proof.. kah3! oke oke.. gurau je.. tak ada laa sampai macam tuh sekali kot.. kecuali kalau korang tuh perisik antarabangsa.. wohoo!


*********


nih je laa yang aku boleh fikir buat masa sekarang.. kalau korang ada tambahan pendapat pun, dialu-alukan.. tinggalkan komen kat sini.. jangan komen kat shoutbox pulak.. kot kot aku rindu kat korang, aku tengok komen yang korang tinggalkan.. kalau komen kat shoutbox, kan susah nak rindu rinduan.. keh3~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...