Thursday, January 27, 2011

pengalaman ni aku akan ingat sampai bila-bila..

Salam.. Hai.. dah lama aku diam dari belog nih kan.. makin lama makin malas.. haish! bukan apa, rasa bersalah asyik mengadap belog je.. 


**********


semester nih aku ambil subjek kokurikulum.. aku ambil subjek Pendidikan Luar.. ingatkan nak ambil semester depan, pastu tiba-tiba kawan aku cerita pasal kelas ko-k yang diorang tengah ambil nih.. katanya, ada aktiviti kayak, abseiling, wall climbing.. 





tiba tiba terus bling bling dalam mata.. cewahh.. macam nampak duit je gayanya kan.. haha balik dari kelas petang tu jugak aku dengan kawan aku sorang lagi terus daftar untuk kelas Pendidikan Luar.. lagipun, aku baru ambil 18 jam kredit semester nih.. tambah lagi 2 jam kredit, dah jadi 20.. ok laa kan.. 


jadi, semalam dah mula aktiviti.. aktiviti pertama ialah KAYAK! haha aku teruja glos weyh.. tak pernah pernah aku kayak sebelum nih.. setiap kali tengok orang dok kayak kat tasik varsiti nih, mesti rasa macam nak cuba.. tapi, tak ada keyakinan sebab takut.. takut jatuh dalam tasik, takut tak reti kayuh, takut lemas.. woh! aku dengan air nih fobia sikit.. sampai sekarang pun masih terbayang-bayang kejadian kat Gambang Water Park dulu.. sikit lagi nak lemas.. tapi, walau apa pun, aku tetap suka main air.. hehe~




minggu lepas, cikgu (aku panggil lecturer tuh cikgu lah senang.. dia pun student PhD lagi) dah ajar kitorang teori berkayak.. macam keselamatan dalam air, cara nak buat kalau kayak terbalik, cara nak naik kayak kalau terjatuh dalam air.. macam-macam lah.. pastu, semalam sesi praktikal pulak.. semua pakat pergi tasik varsiti.. aku memang eksaited lah.. tapi, nervous jugak sebab takut tu lah.. haha apo nak jadi kan..


sebelum kitorang berkayak, kena buat regangan dulu.. kang terseliuh dalam air, ke masa berkayak nanti ke.. kang susah.. pastu, semua orang kena masuk dalam air tasik varsiti yang keruh glos tuh! fuh.. memang melekat habis lah segala ilmu yang terkumpul dalam tasik tuh.. haha sebabnya kan, dalam tasik tuh dah bermacam-macam orang yang masuk.. kiranya dah banyak ilmu yang masuk dalam air.. haha 


masa masuk dalam air tuh bising glos.. perempuan kan.. asyik jerit je.. hadoi.. yang tak tahan, dia takut air kot, pastu dia berpaut kat life jacket aku.. hoi! kau dah ada jaket keselamatan sendiri, nak berpaut kat aku lagi kenapa.. nanti dengan aku sekali yang tenggelam.. isk.. tak tahan betul lah.. aku cakap laa kat dia jangan pegang aku.. pastu aku lari jauh jauh sikit.. bukan lah nak eksyen konon aku ni terer sangat.. aku pun tak reti berenang lah! sebab tuh aku tak suka orang pegang aku.. kalau aku tenggelam, camano? 


bila semua orang dah boleh stabilkan diri dalam air, baru cikgu tunjuk cara berkayak, cara pegang paddle, cara nak masuk dalam kayak.. bila dah konon konon terer tuh kan, aku dengan kawan aku orang pertama masuk kayak.. muahaha! punya laa eksaited kan.. semua benda nak pertama je.. =p


dalam air tuh laa, cikgu ajar cara nak naik kayak kalau kayak dah terbalik.. aku dah cuak daa.. kang dia panggilnya kayak aku suruh buat demo, naya.. tapi, tak kena.. haha selamat.. kayak yang cikgu panggil buat demo tuh, cikgu main tipu.. kononnya dia suruh orang depan dengan belakang tukar posisi.. kiranya 2 orang tuh kena berdiri lah kan.. tengah diorang cuba berdiri tuh, cikgu terbalikkan kayak diorang! haha! 





masa nak selamatkan kayak terbalik tuh, guna cara T-rescue.. kiranya ada satu kayak lain datang, pastu naikkan kayak terbalik tuh atas kayak penyelamat, dan buang air dalam kayak terbalik tu.. lepas tu, baru laa dua orang tuh boleh naik kayak.. caranya, lonjak badan ke atas kayak tuh sampai dada.. pastu, angkat laa kaki duduk atas kayak macam kita main jongkang jongket tuh kan.. dan boleh masuk kat tempat duduk..




kalau tak silap 4 kayak kot yang kena.. haha yang lain tuh, cikgu suruh terjun sendiri dalam air.. pastu cuba sendiri naik atas kayak.. lorh! senang je rupanya.. tengok orang buat kemain payah.. tang payah tu, masa nak lonjakkan badan naik atas kayak laa kot.. memang kena cuba, baru tahu.. hehe~


seronok! seronok! hehe~ akhir sekali, ada laa sesi bergambar untuk masukkan dalam laporan, dan ada taklimat perkhemahan sikit.. oh! nanti kitorang akan ada perkhemahan kat Perak kalau tak silap.. weehoo! oke aku tak suka perkhemahan sebenarnya.. T_T






nota kaki: semalam aku tidur pukul 9.30 sebab penat glos kot.. hoho~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...