Thursday, December 16, 2010

Virtual keyboard

korang pandai main piano tak? kalau pandai, ada piano kat rumah tak? aku pulak tak pandai pun main piano.. tak ada piano pun kat rumah.. lagi haru, tak pandai main alat muzik apa apa pun.. huu~


tapi kan, aku suka gle orang yang pandai main piano dengan gitar.. tak kesah laa perempuan ke lelaki ke.. lagi lagi kalau lelaki yang main gitar.. fuhh.. cair meleleh macam waterfall.. apa yang meleleh? haa! itu yang kita tak tahu.. keh3~ 





kalau nak tahu, aku siap jadikan gitar dengan piano nih jadi background desktop aku.. hah! minat tak minat.. tapi, minat tengok aje laa.. kalau suruh mainkan.. haremm.. tak reti.. muahaha~



my guitar desktop backgrounds..



my piano desktop backgrounds.. 


tapi, mesti laa aku pilih yang girlish, colourful kan.. perempuan katakan.. kih3~


************


eh alamak! tadi nak tulis benda lain.. tapi dah tertulis benda lain.. adoyai.. sori sori.. bila dah start menulis.. laju je idea datang mcam waterfall.. hehe~


aku nak bagitahu ni sebenarnya.. masa aku tengah cintan cintun dengan piano ni kan (cintan cintun tuuu), aku search piano online.. maklum laa.. nak beli sendiri tak ada uang.. tak mampu.. sobs~ 


dan, aku jumpa website ni >>> VIRTUAL KEYBOARD


macam ni rupanya..




bukan setakat piano aje.. ada organ, saxophone, flute, pan pipes, strings, guitar, steel drums, and double bass.. banyak kan? guna keyboard aje nak main ni.. pastu boleh pilih drum beat.. ada 6 pilihan.. 


memang laa tak sama dengan yang professional punya.. nama pun FREE kan.. kalau nak yang pro, pergi beli piano yang besar tu laa.. yang real.. ni virtual keyboard je.. tapi, memang seronok lah! walaupun aku tak reti main.. boleh laa jugak pura pura pandai kan.. kah3 loser! haih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...