Tuesday, December 21, 2010

Percaya diri

entri kali ni panjang.. sila bersedia mental dan fizikal.. hee~


hari ni kita borak pasal percaya diri.. meh nak tanya sikit.. takat mana korang rasa korang percaya diri sendiri? doploh sen? sehengget? oke oke tak ada kaitan dengan sen.. hee~


percaya tidak, aku kadang kadang pun kurang percaya diri sendiri.. maksud aku, percayakan kebolehan diri sendiri.. contoh laa kan, masa aku SPM dulu, aku bimbang sangat kalau tak dapat masuk universiti.. weyh.. hal hal masuk universiti ni serius beb! kalau tak masuk universiti, kurang duit hantaran doploh ribu.. eh?!



pastu, ada satu hari tuh, Ma aku bercerita, ada anak kawan dia yang dapat 2A SPM je pun dapat masuk Universiti Darul Iman (UDM).. masa tuh korang tahu, aku rasa lega je! sebab aku fikir, dapat result cenggitu je pun masih dapat masuk universiti.. jadi, kalau aku tak berjaya masa SPM pun, kiranya aku masih boleh masuk universiti jugak laa.. aku fikir macam tu nampak sangat aku nih tak percayakan diri sendiri.. rasa macam bodoh pulak fikir macam tu..


tapi, walau macam mana sekali pun, aku tetap simpan impian nak belajar di luar negara.. masa tuh aku teringin sangat sangat sangat nak sambung belajar kat Australia.. walaupun aku tahu aku nih memang jenis tak rajin pun.. main-main aje banyak.. tapi, impian tuh tetap ada.. kalau orang tanya, aku nak sambung belajar kat mana, mesti aku akan jawab Australia.. dengan yakinnya! 



bila dah keluar keputusan SPM, aku bersyukur sangat.. macam nak terlompat lompat, terjoget lambak gituu.. siapa tak seronok beb tengok SPM 10 A dalam genggaman.. ni bukan takat genggaman.. peluk ciom segala dah.. hehe


rupanya tak berbaloi LANGSUNG apa yang aku fikir selama nih! jadi, sila lupakan pasal UDM.. fikirkan Australia! fuuh! tapi, panas tak selalu ke petang ye dakk? tambah lagi, musim tengkujuh macam ni.. lagi laa, mendung sepanjang hari.. kecewa jangan cerita.. sebak je dada sepanjang masa.. terpaksa say babai to Australia.. huhu.. yang aku sedih tu, bila aku percaya diri, macam ni pulak jadinya.. dah bukan rezeki..


masa nak isi UPU, aku pilih Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), aliran sains fizikal.. alhamdulillah berjaya masuk PASUM.. sesi 2007/2008 ye adik kakak.. alumni PASUM nih.. bangga sikit.. haha.. tapi kan, aku rasa memang aku ada masalah sikit nak percaya diri nih.. masa aku belajar kat PASUM tuh, aku selalu dok fikir macam mana kalau gagal??macam mana kalau pointer bawah 2.0? sebab aku dok dengar orang dok cakap cakap belajar kat PASUM ni kena struggle lebih.. tapi memang betul pun!



Alhamdulillah, kat PASUM dulu, aku dapat kawan kawan yang rajin, dan bijak pandai.. maka badi rajin dan bijak pandai tuh sekurang kurangnya melekat jugak kat aku.. jadi, adik adik, nak pilih kawan, jangan cari mat rempit, jangan cari minah rempit, jangan cari member kaki lepak aje.. pilih member yang dapat bantu korang bentuk masa depan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang! over semangat pula.. hehe..




jadi, dengan CGPA 4.0, aku dapat sambung belajar kat UM jugak.. sekarang aku ambil jurusan Sains dengan Pendidikan.. pilihan kedua.. pilihan pertama aku pilih kejuruteraan.. tapi, dah bukan tempat aku kat situ kan.. buat apa nak terhegeh hegeh.. walaupun dah sebaldi aku nangis masa baca tawaran tuh.. :'(




mula mula sedih jugak laa.. sebab aku rasa cikgu bukan bidang aku.. lagi satu, aku rasa tak cool laa weyh dapat cgpa 4.0, pastu jadi cikgu.. lebih-lebih dengan kawan-kawan yang menghasut.. ceh~


bila dah mula belajar, aku rasa seronok jugak jadi cikgu nih.. boleh melawa.. kih3~ hahh! cuba kalau kau kerja jadi jurutera, mana boleh pakai heels, wedges, baju kurung semua tuh.. pakai uniform je laa jawabnya..muahahaha! gelak jahat sekali sekala, afdhal jugak kan.. =p 




oke murid murid.. saya cikgu Syarafina.. hehe



lagi satu, dulu sebelum dapat tawaran nih, aku pernah doa supaya Allah berikan yang terbaik untuk aku.. jadi, aku anggap jadi cikgu ni lah yang terbaik untuk aku.. bukan jurutera, bukan akauntan.. (cita cita aku masa kecik dulu nak jadi akauntan.. satu kampung canang nak jadi akauntan.. eh sebenarnya tak ada sampai macam tu sekali.. hee~)




kesimpulannya, walau apa pun, sila percaya diri korang sendiri.. sebab kita aje yang sepatutnya tahu kebolehan dan kelebihan yang kita ada.. jadi, lepas tu, kita boleh usaha untuk jadi yang terbaik! walaupun korang rasa macam benda tuh mencabar, WAJIB percaya pada diri sendiri yang kau boleh buat! insyaAllah.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...