Thursday, December 23, 2010

Panggilan misteri..

pernah tak ada orang asing tersalah telefon rumah korang? pastu minta tolong dari korang?? kalau tak pernah, agak agak korang akan tolong ke?


semalam kan, tengah dok syok syok blogwalking, kitchen-walking, mouth-walking (keh3~) tiba tiba  telefon berdering.. tunggu satu kali dering.. tunggu dua kali dering.. oke aku angkat..





Pakcik: Hello.. ni Sudara Beach Resort ke?

Aku: eh bukan..

Pakcik: oh.. ni nombor telefon rumah ke?

Aku: a'ah ye.. nombor rumah..

Pakcik: saya sebenarnya nak telefon Sudara Beach Resort.. tadi, saya dah telefon 130.. pastu, operator tu bagi nombor 7788880.. saya dah telefon, tapi, tak ada orang jawab pun.. jadi, saya terai terai aje tekan nombor telefon nih.. tadi saya terai telefon 77888XX, tapi tak ada orang jawab jugak..





Aku: oh.. (terkedu beb.. tak tahu nak jawab apa..)

Pakcik: adik ada ke saudara mara yang tahu nombor telefon resort tuh? sebab saya dah terai banyak kali, tapi tak ada orang jawab pun.. kenapa laa diorang nih tak jawab telefon.. nak kerja ke tak..

isk.. sempat lagi pakcik nih membebel.. aku layankan je laa.. haha~




Aku: err.. tak ada kot..

Pakcik: saya sebenarnya nak bawa keluarga pergi bercuti kat situ.. tapi, tak ada orang jawab pulak.. saya ni sebenarnya dari Machang..

pastu, aku terai dengar bunyi belakang dia, betul ke tak ada keluarga.. ye laa kan, kalau ambil kira logik, kalau betul dia bawak keluarga, mesti diorang tengah borak ke apa kan.. pastu, aku dengar bunyi bising macam suara budak perempuan.. dalam kepala aku, betul laa kot pakcik nih bawak keluarga..

perghh.. da macam penyiasat aku nih.. hehe~

Aku: oh.. yeke..

Pakcik: kalau adik ada saudara mara yang tahu nombor telefon resort tuh, nanti tolong mesej saya boleh?

Aku: err.. saya.. tak tahu nombor ni berapa.. (aku tak tahu nak panggil dia pakcik ke apa..) erm.. nanti saya cuba cari kat internet..

aku sebenarnya teragak-agak nak tolong ke tak.. kalau tak tolong, macam kesian.. lagipun, pakcik nih macam jujur je..

tapi, sebenarnya, tangan dah tengah kelik kelik keyboard cari nombor telefon resort tuh.. tapi, susah pulak nak jumpa nombor telefon tu.. aku kalau boleh tak nak mesej orang tak dikenali pakai nombor henset aku..




Pakcik: oh lupa, ni nombor rumah kan.. nombor pakcik 012-9XXXXXX.. nama pakcik Z___.. nanti tolong mesej pakcik deh.. 

Aku: ok..

dalam kepala, dok fikir fikir nak mesej ke tak.. tapi pakcik tuh macam mengharap.. lagipun, aku agak mesti dia tunggu jawapan dari aku..


jadi, aku mesej je laa.. aku bagi 3 nombor.. dalam hati takut jugak sebenarnya.. bukan apa.. sekarang nih, macam macam orang boleh buat kat kita.. nih tulis belog pun ada risiko kau tahu.. hoho~


tak lama pastu, dia mesej, "Tkasih n kena guna guna no kedua. Kebaikan adik hanya Allah yg balas"..


fuhh.. tiba tiba rasa lega dah bantu pakcik tuh.. 





nota kaki: tak salah nak bantu orang asing.. tapi, harus berhati hati.. jangan melulu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...