Sunday, December 19, 2010

khas buat kipas susah mati drama korea..



jom layan video clip ni dulu.. pagi pagi macam ni seronok jugak kan layan video clip korea macam ni.. sebelum ni aku pernah tengok the making of Fly To Seoul video clip.. menarik jugak tengok pembikinan klip video nih.. macam tuh rupanya orang buat klip video.. macam buat free concert pun ye jugak.. tapi memang ramai ah peminat diorang dok bersorak kat situ.. fuh!


********


cakap pasal korea nih, mesti ramai glos kipas susah mati korea's products kan?? yang agak agak famous, drama korea dan fesyen lah kot..  kalau tak percaya, tengok kat facebook, mesti berlambak online shop yang jual pakaian fesyen korea.. kat blog pun berlambak lambak blogshop korean fashion nih.. tinggal korang pilih dan bayar jek.. fesyen diorang pulak memang lawa.. suwitt aww! oke terasa gedik di situ.. 


oh lagi satu muzik diorang.. macam best je kan.. padahal tak faham apa apa.. tapi, layan je laa.. macam Digi Live K-Pop Party 2011 nih.. pasti berduyun duyun yang pergi tengok nanti.



yang drama korea tuh toksah cerita lah kan.. korang nama kan aje.. You're Beautiful.. Full House.. Boys Over Flowers.. Coffee Prince.. semua orang tahu beb! kuat tak kuat pengaruh diorang kan.. bukan apa.. jalan cerita diorang tuh suwitt sangat.. kadang kadang macam tak logik pun ada.. hahh! lagi satu.. hero korea nih, pheww.. jambu! kah3~ oke oke tak lah semua yang jambu.. aku pun bukan minat sangat dengan mamat jambu nih.. lagi lagi kalau jambu batu.. oh tidak! 




kalau tak percaya, tengok You're Beautiful nih.. jambu tak jambu diorang nih.. sampaikan perempuan yang memang sah sah nampak perempuan boleh tertukar jadi lelaki.. isk~


tak cukup? tengok cerita ni pulak.. 




oke.. yang ni boleh tahan laa.. nampak macam lelaki jugak laa sikit.. sampaikan bila aku tengok Princess Hour, aku rasa macam pelik tengok perempuan tuh jadi perempuan.. muahaha~




kalau tak silap aku, drama korea pertama yang aku tengok, Full House kot.. Rain yang jadi hero.. mamat nih pastu famous dengan tagline "Hai, nama saya Rain", dalam iklan syampu Clear.. keh3~




hero dalam Boys Over Flower nih hensem! aku suka aku suka.. oke gedik lagi.. jarang cerita korea yang semua mamat dalam tuh hensem.. hik3~




dah tahu kenapa perempuan suka tengok cerita korea?? kalau tak faham jugak, sila baca balik dari mula.. kih3~


********


eh2.. korang tahu tak ada saluran KBS World di astro?? aku tak tahu weyh!!!! serius beberapa hari lepas aku baru tahu kewujudan saluran nih.. 


kalau korang peminat cerita korea, sila beralih ke channel 391 sekarang.. ye sekarang!! hehe~




nota kaki: setiap hari asyik tengok astro ceria jek.. haih.. macam ni laa nasib ada anak sedara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...