Wednesday, December 15, 2010

beruang kecil sudah membesar cantik

fuh.. fuh.. fuh.. batuk uhuk uhuk.. berhabuk nye belog nih.. tiup habuk sikit.. hurmm.. ok mari sambung sekarang..


mari mulakan dengan 9 Disember lepas.. oke oke.. aku tahu dah berkurun lepas.. tapi siyes weyh! tak sempat nak update belog ini dengan kehidupan seharian.. sibuk ke sana ke mari..


9 Disember lepas macam yang aku bagitahu dalam entri lepas, adalah hari lahir teddybear.. teddybear mana? hahh! ini yang kita nak cerita ye..


teddybear ini..




eh alamak! ramai pulak teddybear dalam gambar nih.. oke oke.. yang pasti bukan teddybear yang boleh dimakan tu.. tapi, yang kat tengah, yang pakai topi halloween party tu.. my little cute teddybear is now ONE year old! 


cuba teka apa hadiah birthday beliau yang orang lain tak boleh bagi?? dah bosan teka?? aloo.. sebenarnya Hanna Sofea dah pandai berjalan sebelum beliau cecah umur setahun ni.. muahaha hadiah berharga untuk diri sendiri tu.. hadiah dari che su pulak semestinya kasih sayang.. kih3~  eh2.. kasih sayang priceless tau!


sebenarnya kami sekeluarga aje yang sambut birthday Hanna Sofea.. lepas kakak-kakak aku balik dari kerja, kami semua terus pergi Beranang semata mata nak sambut bithday Hanna.. Kak Chik yang beli kek teddybear tu..



spoiled birthday cake.. 


sebenarnya, 2 hari sebelum tu, dah beli Chocolate Indulgence dari Secret Recipe untuk  sambut birthday Hanna.. tapi, sambutan tak menjadi.. lalu rancang balik untuk pergi beramai ramai 9 Disember lepas ke Beranang untuk sambut birthday beliau.. 




birthday party kecil je pun.. tapi, penuh dengan keluarga.. tu yang seronok sebenarnya kan? hee~




kitorang order domino pizza, 2 regular pizzas and 1 large pizza.. pastu, aku minta kak ngah masakkan spaghetti.. banyak gle aku makan malam tuh terutama spaghetti.. sampai kembung.. muahaha~ eh2.. ni birthday siapa sebenarnya? che su ke Hanna.. termenung jap..




nota kaki: sebenarnya, aku yang rosakkan birthday cake tuh.. hee~ (sengih lebar lebar) sebabnya, kotak kek terbalik bila aku letak.. nasib baik masih nampak macam kek.. haha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...