Sunday, November 14, 2010

orang lain seronok balik cuti beraya.. aku balik kendong buku.. huhu

i'm home!!! sampai rumah semalam.. err.. i mean 12 november.. naik keretapi lagi.. hee~ tetiba rasa macam seronok plak balik dengan keretapi nih walaupun penat gile okayh.. bayangkan 14 jam kau terkurung dalam tuh.. pheww! tapi, kali ni jadual terbabas sikit.. sepatutnya sampai pukul 10 pagi kat Wakaf Bharu, tapi semalam sampai pukul 11 pagi.. tambah lagi sejam.. woh!





nasib baik aku beli tiket Kelas Superior Malam.. alaa.. yang tempat tidur tuh.. kalau pernah naik keretapi, mesti korang tahu.. jadi, kiranya selesa jugak laa walaupun 15 jam okayh dalam keretapi tuh.. nak solat pun senang, tak terganggu dengan orang sebab setiap katil ada langsir.. lagipun boleh solat sambil duduk je atas katil tu.. katil aku pulak tingkat atas.. lagi laa tak terganggu kan.. tapi, satu jek..kalau time solat, kena tundukkan kepala.. sebab ruang antara katil dengan bumbung tu rendah! nasib baik solat subuh 2 rakaat je.. hee~





tapi kan, aku rasa tak produktif sungguh laa kalau balik rumah nih.. lagi lagi masa nak exam nih.. memang malas gile nak study.. banyak je benda nak buat atau kena buat.. pheww lagi! sebab tu aku tak mahu balik rumah awal awal.. kawan kawan aku, ada yang terus balik rumah 4hb lepas, lepas balik dari Bukit Gambang Waterpark.. ada yang balik 6hb, 8hb.. aku dengan kawan sorang lagi je balik 11hb.. huhu~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...