Sunday, November 21, 2010

Last day of adventure..

hari ni dah Ahad kan.. 21 November.. adoi..dah tak lama nak exam..kejap je masa berlalu.. macam baru semalam balik dari Bukit Gambang Waterpark.. macam semalam baru balik Kelantan.. macam semalam baru raya haji.. tapi, sekarang dah nak habis dah pun.. ni bukan setakat around the corner dah.. dah almost to the end.. of study week dah pun.. sebab 25hb ni dah start exam.. wuu~ tamau exam bole??




semester ni aku boleh cakap the worst semester sepanjang aku belajar nih.. sebab nye kan, study week sangat laa tak mendatangkan hasil.. rasa cam nak lempang diri sendiri.. boleh?? tapi kang biol plak sebelum jawab exam.. kalau cenggituh, lempang selow selow dah lew.. wuu~ nak tahu, aku ada satu rahsia.. syhhh!! sebenarnya, aku jeles dengan orang yang tahu disiplinkan diri diorang untuk belajar belajar belajar.. sampaikan makan pun tak mahu.. hahh! tipu! wekk.. tapi, serius! aku jeles weyh.. nak berubah, belum sampai seru rasanya.. nak tunggu habis semester 8 gamaknyee.. haish!





baideway, semalam kan, sepatutnya aku dah start study kimia.. tapi tak study pun.. haha tepuk tepuk tangan.. sebab semalam aku dalam perjalanan balik Kolumpor.. jadi, sori kimia.. aku terpaksa letak kau dengan adik beradik sepupu sepapat kau yang lain dalam beg tarik tuh.. woh! ye lah kan.. takkan nak baca segala mendalah kimia tuh sambil dok pening pening lalat dalam kereta.. alasan! huh!


eyh.. tapi.. tapi.. sebab aku takut aku jadi biol sebab menyesal tak belajar langsung, jadi aku pinjam dua pupu kau, Geologi untuk jadi teman aku sepanjang perjalanan tuh.. seronok tak?? hehe tapi, aku sempat baca berapa helai je pun.. kejap buat alasan sebab panas.. kejap buat alasan sebab pening baca buku sambil kereta bergerak.. kejap buat alasan mengantuk.. eh2..ni bukan alasan.. ni kenyataan beb, sebab memang terlena pun.. muahaha



comey kan nota aku? colurful gitew.. hehe


oh penat okei! walaupun aku cuma jadi pemandu simpanan tukang hulur tisu, karipap, air, jagung, coklat jek, tapi tetap penat kot.. penat punggung.. haha semalam bertolak dalam pukul 11 pagi.. lalu ikut Terengganu.. singgah rumah mentua akak kejap kat Kijal.. pastu, terus pergi rumah Kak Ngah kat Beranang..


mencabar sungguh nak sampai ke sana.. siap bukak laptop segala, sebab nak cari jalan ke Beranang guna Google maps.. tapi kan, nak bagitahu satu rahsia.. aku ni dungu sikit kalau pasal tengok peta ni sebenarnya.. tapi, nasib baik selamat sampai jugak.. walaupun terlepas simpang beberapa kali.. syyhh!! haha~





best moment kan, time sampai rumah Kak Ngah, terus Hariz panggil che su! che su! che su! muahahaha aku memang mak sedara yang disayangi laa.. =p pastu, mulut dia terus pot pet pot pet.. comey gilak!! pastu, bila tanya, nak tidur dengan siapa.. dia jawab nak tidur dengan che su.. haha seronok arr.. masa sampai tu, Hanna dah tidur.. pagi tadi jek sempat main dengan Hanna.. masa nak balik tadi, sedih pulak tengok Hariz.. merajuk sebab che su dengan che long dah nak tinggalkan dia.. suruh salam pun tak mahu.. huhu~


sekarang aku kat rumah akak lagi.. malam nanti kot baru balik UM.. balik nanti mesti study kimia.. mesti!! sekarang pun sebenarnya tengah mengadap nota kimia.. tapi, gedik nak update blog jap.. wee!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...