Thursday, November 18, 2010

(gambar) cerita pagi raya..

salam peeps..

hari ni dah hari kedua raya haji kan.. jadi, macam mana dengan raya haji korang? seronok makan lembu?? eh silap.. seronok makan daging lembu? hehe mak ayah korang korban tak tahun ni? korban apa? lembu ke unta ke kambing?? hee~


ceit..banyak tanya pulak budak nih.. hehe


*****

tak reti ah nak tulis banyak banyak.. layan gambar jom! =D





lembu tengah berdebar untuk dikorbankan.. ada 7 bahagian atas seekor lembu nih.. family aku ambil 3 bahagian, tapi oleh 3 kompeni berbeza laa.. abah, kak long, dan abg ngah.. lembu nih jugak lembu yang abah beli (lupa bila), tapi selama ni Pak Lah yang jaga.. bukan Pak Lah mantan PM kita tuh okayh.. ni Pak Lah versi Kuau punya..hehe





dah rebah! aku tak boleh tengok time orang sembelih tuh.. cepat kesian.. hati lembut kan.. wekk.. =p tapi, orang kata, kalau kita kesiankan haiwan tuh, kita tak boleh makan dia.. jadi, aku berpaling ke belakang.. tapi kan, tiba tiba aku dengar bunyi macam paip bocor.. aku berpaling tengok.. nak tahu.. rupa rupanya darah lembu tu yang tersembur.. banyak!! habis lengan orang yang pegang tali tuh..





pakat pakat tengah lapah kulit lembu tadi.. dah bogel.. aww!





ok tipu! hehe lembu tadi tuh lembu lain.. lembu kitorang yang ni.. erk.. tengah terkangkang?? (oh tak senonoh) hehe~ baideway, diorang tengah lapah kulit lembu..





nampak?? ada 2 ekor lembu korban kat situ.. tapi, yang sebenarnya, kat situ ada 4 ekor lembu korban, tapi kat belakang tempat aku berdiri..





lambakan daging lembu korban..ni tengah potong kecil kecil.. untuk senang timbang..macam biasa lah kan.. banyak jugak laa daging lembu yang dapat untuk satu bahagian.. lebih kurang 10 kg.. fuh!





tengah nak bahagikan kepada 7 bahagian.. ada daging lembu.. ada tulang rusuk.. ada perut lembu.. buat cicah air asam sedap woh! ada ekor lembu.. bila ingat ingat balik, rasa macam dungu pulak.. aku tanya mom, ekor lembu pun orang makan jugak ke? terlupa pulak dengan kewujudan sup ekor.. hehe tapi, bukan nombor ekor ekk.. yang tu haram dimakan ditelan dan apa jua.. =p


lagi, ada hati, limpa, dengan bahagian dalam lembu tuh.. tapi, yang buat aku terkedu, testis lembu pun ada??! yang tu pun boleh makan ke??? isk3~



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
=)



nota kaki: oh.. aku pakai jubah dari Mekah.. hehe~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...