Tuesday, August 10, 2010

Menu diet di bulan Ramadhan



esok dah start puasa rupanya..cepat betul masa berlalu kan..pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya since Ramadhan lepas..


bulan puasa nih mesti orang sebok dok fikir nak bersahur dengan apa..nak berbuka dengan apa..bazar Ramadhan pun mesti dibuka sepanjang jalan..manusia tak kira bangsa mesti berduyun-duyun pergi beli juadah berbuka..pukul 5 pun dah start fikir nak berbuka dengan apa hari ni..nak ambil lauk apa..nak nasi banyak mana..buah pulak nak buah apa..air nak perisa apa..pulak tu, sambil berfikir, air ni cukup ke satu jek?? takut-takut tak cukup sebab dah tahan lapar dahaga sepanjang hari..


kalau tinggal dengan mak ayah tak apa laa..mak yang sediakan juadah bersahur dengan berbuka..pukul 4 pagi, mak-mak mesti dah bangun sediakan makanan sorang-sorang kat dapur..anak best dok tidur..bila nak masuk waktu berbuka, pukul 5 dah start memasak.. anak-anak tinggal nak makan jek..tak pun, tolong sikit-sikit sebab penat.. tiba petang, semua terbongkang depan TV..penat katanya.. hishh..teringat pulak time duduk kat rumah dulu.. bestnya!!! T_T




sekarang aku dah tinggal kat kolej..kalau sebelum ni, time tinggal kat rumah sewa, aku bersahur dengan roti 2 keping, sapu dengan chocolate milk breadspread..pastu, minum air milo..kalau malas nak panaskan air, minum air kosong jek..sambil-sambil tengok tv, borak-borak dengan housemates..syok jugak bersahur ramai-ramai dengan housemates..


pastu, time berbuka pulak, pakat serbu bazar Ramadhan kat Kerinchi..menu berbuka aku biasanya simple je..sama ada nasi kerabu / nasi tomato / nasi ayam..dengan air kelapa / teh bunga..buah tak ada..malas nak beli..hehe kuih tu jarang-jarang je beli..sebab rasa dah terlebih beli..nanti kembung perut nak sumbat semua tuh.. pukul 6 semua dah start penuhkan ruang tamu..tengok drama melayu..sambil borak-borak.. happening betul!!




tapi, sekarang dah tak ada daa suasana macam tu..bila dah tinggal di kolej nih, rasanya menu sahur aku sama ada koko krunch + susu Dutchlady Honey atau roti sapu chocolate milk breadspread, atau maggi kalau rajin nak panaskan air..air pulak, semestinya air kosong..tapi, rasa macam tak cukup jek nak minum 2, 3 gelas air kosong kan..kalau boleh nak habiskan 1 botol tu terus..haha




menu berbuka pulak, wallahualam..apa yang ada, tu lah yang aku makan..kalau rajin, aku ajak lah kawan-kawan pergi bazar ramadhan nanti..tapi, mesti susah gile nak park kereta..isk..sadis2..


last but not least (macam tulis karangan pulak), pesanan dari penaja, makan jangan berlebih, nanti susah nak solat..tidur petang jangan berlebih, nanti biol otak..shopping makanan jangan berlebih, nanti pokai di tengah bulan..dating jangan berlebih, nanti kurang pahala.. bila beramal sila berlebih, mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..




Salam Ramadhan..

Selamat berpuasa..
Selamat beroleh keberkatan dan kemanisan Ramadhan..
Selamat bersahur..
Selamat berbuka puasa..
Selamat berterawih..

SELAMAT SEMUANYA..

^o^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...