Thursday, August 19, 2010

Berbuka puasa di Quality Hotel

walaupun cerita dah berkulapuk sikit..tapi, tetap jugak nak cerita..

********************************

hari ahad lepas, time aku dok santai-santai, sikit lagi nak lelap, tiba-tiba bunyi doorbell..dalam hati, "siapa pulak yang kacau aku time syok tidur camnih"..


"oh..kak long mesej rupanya"


rupanya, dia suruh aku survey harga buffet Ramadhan Quality Hotel sebab nak ajak aku buka puasa kat situ..ngeh3~ asyik!!!




petang pukul 5, aku bersiap-siap..pakai t-shirt je pun..tak payah nak formal..lagipun, aku pergi dengan Putra lrt..senang je nak pergi hotel tuh..turun kat stesen Masjid Jamek, pastu naik star lrt ke bandaraya..jalan 5 minit, dah boleh sampai..kalau nak pergi dengan kereta nanti tak sempat sampai pulak kan..petang-petang camtuh, semua sebok pakat nak balik keje, cari tempat nak bukak puasa..jalan mesti jem..naik public transport je senang..


aku sampai sana pukul 7.10 pm..dah buat reservation awal-awal, tak kesah la sampai pukul berapa pun kan..


masuk-masuk, berpinau mata tengok makanan atas meja..banyak!! semua makan melayu.. ada nasi beriani gam dengan daging.. ada deep fry chicken with lemon.. nasi putih pun ada..banyak lahh..aku pun dah lupa.. chicken lemon tuh sedap..nasi beriani gam pun sedapp!! hehe


tengok bahagian kuih-muih pulak..macam-macam jenis kek ada.. tapi, aku ambil few types jek dan semua sedap!! hehe


dah makan nasi, kuih tu semua..aku ambil buah pulak..buah naga, betik, tembikai susu, tembikai..tapi kan, patutnya buah tu semua makan awal-awal tadi..tapi, baru teringat nak ambil buah.. tak kesah laa kan..hehe


kat bahagian lain, ada pulak satay, burger, rojak buah..yang lain aku lupa..hik3 tapi dalam banyak-banyak tuh, aku ambil satay jek..rugi kan?? menu last aku malam tuh ialah bubur jagung..hurmm..bole laa..


blurpp~!! opss.. kenyam sudah.. hehe



Terima kasih kak long!! sayang kamu..


lain kali boleh ajak lagi.. ngee~ :p


oh..lupa mahu bagitau..Dee pun ada malam tuh..sebagai artis jemputan..selain tu, ada jugak Zubir, wartawan akhbar hiburan tuh.. siap ada nyanyi bagai..tapi, bukan Dee lah yang nyanyi.. lagi satu, ada cabutan bertuah..tapi, kitorang malas nak tunggu sampai habis..nanti lewat pulak nak balik rumah..huhu



nota kaki: ma punya kuah satay dengan bubur jagung memang tak boleh lawan..hehe~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...