Monday, June 21, 2010

daftar subjek sem depan BERJAYA!!

akhirnya..berjaya jugak daftar subjek untuk semester depan..berdebar gilak tadi..takut tak sempat nak daftar semua subjek..haru jugak laa kalau tak sempat nak daftar..macam semester lepas..kalut dok cari subjek lain untuk gantikan subjek yang dah penuh tu..


dari pukul 8.30 pagi dok tercongok depan laptop..tunggu pukul 9..hampir pukul 9 lagi laa berdebar..punya laa bimbang..haha~ tapi, alhamdulillah..kali ni semua berjalan dengan lancar..mungkin sebab kitorang dah nak masuk tahun 3 kot..




sistem kat Fakulti Sains ni pelik sikit..pelajar kena susun sendiri jadual kelas mereka untuk semester seterusnya..pihak fakulti tak aturkan, bukan macam fakulti lain..semua sudah siap diberi..sebab tu kadang-kadang ada jadual kelas atau jadual exam yang clash..jadi, kena cari subjek lain supaya cukup jam kredit..


awal-awal daftar lagi, dia dah bagi satu buku panduan untuk semua subjek yang perlu diambil oleh student.. aku pulak, pelajar Sains dengan Pendidikan..jam kredit yang perlu aku habiskan selama 4 tahun belajar ni ialah 134 jam kredit..setakat ni baru 63 kot yang dah diambil..


lagi satu, kitorang akan daftar mengikut tahap..ada 3 tahap..tahap pertama untuk pelajar tahun akhir..tahap kedua untuk pelajar tahun kedua akhir..kalau untuk kursus 3 tahun, maksudnya untuk pelajar tahun 2 laa..kalau untuk kursus 4 tahun, maksudnya untuk pelajar tahun 3, macam aku.. tahap ketiga, untuk selebihnya..




dan, setiap tahap ni ada tarikh yang berbeza untuk daftar subjek..tahap pertama daftar pada minggu pertama, tahap kedua pada minggu kedua, tahap ketiga pada minggu ketiga..jadi, overall ada 3 minggu untuk semua tahap daftar subjek..


mungkin sebab tu laa kot, aku berjaya daftar subjek tadi dengan jayanya.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...