Sunday, June 6, 2010

9 sebab bestnya jadi perempuan

siapa perempuan??! sila tundukkan kepala~!! (mode sopan) hehe

mari-mari adik, kakak, makcik, nenek..kisah ini untuk kita semua..hooray~!! =D

apa bestnya jadi perempuan?


SATU..pernah dengar pepatah 'syurga di bawah telapak kaki ibu'?? nahh~!! tu keistimewaan pertama kita..insyaAllah jika diizinkan Allah, kita semua akan jadi ibu..jadi, tu laa penghormatannya kepada kaum wanita..eh2..tapi, jangan laa pula korang pergi belek kaki mak korang..kena ketuk dengan senduk karang, tak pasal2 benjol sebijik~!!


DUA..kalau ada pepatah 'syurga di bawah telapak kaki ibu', mesti laa kena bergelar ibu dulu kan? hanya perempuan yang bisa melahirkan..tidak lelaki.. ada sebab bila Allah jadikan perempuan sebagai insan istimewa yang bisa melahirkan..kalau tak silap aku, ada dalam hadis tentang bagaimana kaum lelaki tak mampu untuk lahirkan anak, sedangkan isterinya boleh..tapi kan, jangan pula korang bandingkan dengan manusia tak reti bersyukur yang nak tukar jantina tuh..tett~!!




TIGA..ladies first~!! harharhar pernah kan kita dengar lelaki cakap, ladies first..contoh laa kan, kalau nak keluar dari kelas, tiba-tiba eksiden dengan lelaki kat muka pintu..dan lelaki dengan gaya konon macho beliau akan cakap, ladies first.. best kan? hehe tapi, kadang-kadang aku bagi laluan dulu..malas nak berebut..huhu


EMPAT..siapa lebih kuat?? kalau aku tanya soalan ni, agak-agak korang akan jawab siapa?? lelaki ke perempuan? hehe jawapan aku, mesti laa perempuan kan..tak percaya?? mari renungkan, kalau diajak shopping seharian, siapa yang boleh bertahan lebih lama? lelaki atau perempuan? nah~!! aku takkan percaya kalau orang jawab lelaki..lelaki ni kan..kalau diajak teman jelajah shopping complex, confirm akan merungut..kan?? (tapi, ada lelaki yang tak nak mengaku kalah..kononnya dia mampu nak buat tour shopping mall lama-lama..ceh..depan-depan boleh laa)..har3~




LIMA..pernah tak korang nampak lelaki pegang tangan sesama diorang??maksud aku kan, antara kawan laa..kalau ayah dengan anak tuh, apa nak heran.. tak ada kan? kalau ada pun, jarang sangat..tu pun, orang dah jeling-jeling..tapi, bila perempuan pegang tangan sesama diorang, orang tak heran pun..perempuan kan penuh dengan kasih sayang..haha




ENAM..many in 1..susah nak replace 'many' tu into number..sebab kan, perempuan ni biasanya mampu buat pelbagai kerja dalam satu masa..buktinya, perempuan boleh masak dan borak kat telefon dan mata jeling ke tv..bukti lagi, bila anak menangis melaung-laung, perempuan boleh dukung baby sambil buat susu sambil tengok tv sambil nyanyi lullaby songs sambil layan anak sorang lagi..hebat kan? huhu agak-agak, kalau lelaki, boleh ke buat macam tu? sebab, kebiasaanya, lelaki akan fokus untuk satu perkara pada satu masa..


TUJUH..putih, kuning, oren, merah, pink, ungu, biru, hijau, coklat, hitam..semuanya sesuai dengan perempuan..tapi..bayangkan..kalau lelaki pakai aksesori pink..ungu..urgh~!!! nyah!! please stop!! hoho~ mesti nampak pelik kan..bawa beg pejabat pink, baju pink, kasut pink, seluar pink..ahakzz~




LAPAN..orang kata, air mata tu senjata perempuan..ngeh3~ perempuan ni biasanya mudah tersentuh hati..aci tengok drama sedih jek, nangis..baca novel part sedih pun, nangis..kadang-kadang, bila happy pun, perempuan boleh nangis..huhu~ tapi, tu dah jadi lumrah perempuan..lembut hati..


SEMBILAN..fesyen~!! perempuan boleh bergaya dengan macam-macam fesyen..macam-macam jenis pakaian..macam-macam aksesori..perempuan boleh pakai seluar..skirt..blouse..baju kebaya..baju kurung..heels.. tapi, kalau fesyen lelaki agak terhad laa kan..kalau tak t-shirt..kemeja..kalau tak kemeja, t-shirt..haha~ lagi satu, lelaki tak boleh pakai skirt..ngee~





tapi kan, keistimewaan dan kekurangan ni laa yang jadikan dunia ni unik dan pelbagai.. =)

16 comments:

  1. haha.. im sure got good reasons to be a guy =P

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sy dijdkan perempuan. hehe

    ReplyDelete
  3. err.. ade sesiapa yang berminat nk buat 9 alasan lelaki lagi best x?? ;)

    ReplyDelete
  4. wah...jgn ade lelaki yg tak puas hati dgn statement2 di atas sudah la...haha

    ReplyDelete
  5. @gEe : alhamdulillah saya juga dijadikan sbg perempuan.. hehe~

    ReplyDelete
  6. @cik panadol : hish..kalau dia terasa, sah laa dia bukan nyah..bagus laa tu..hahaha
    sbb tu sy list 9 aje..banyak lagi sebenarnya kalau nk senaraikan..haha~

    ReplyDelete
  7. oh..im not aaa girl.....not yet a woooomeen..haha...best jgk...nk try jd pompuan ler..

    ReplyDelete
  8. @malek ku, tolong jangan~!! keistimewaan ni terhad untuk yang ori je..hahaha~

    ReplyDelete
  9. tapi skrang lelaki pung pakai pink lorh....(!) pink sudaa tiada terhad (not for woman only) kan3 ?? hehehehe...............^___^
    juz ckp jew kaq , jgn trasa o ape2 pung k... ling juz ckp sbb abg ling penah pkai pink n ttp jew napak macho.... HAHAHA! ge'err lah pulak ~ oppsss...!!! sory ^,~

    ReplyDelete
  10. haha ye laa.. dulu2 mana ramai lagi lelaki yang pakai pink kan dik.. sekarang je dah berani.. macam2 gaya.. hehe 
    tapi, tak semua jugak yang nampak macho pakai pink nih.. bergantung pada si pemakai tu laa.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...