Thursday, May 27, 2010

mintak2 abah akan terus sihat..sayang abah~!!

~kisah 3~

abah dapat serangan jantung.. T_T
kalau tak silap aku, hari khamis 2 minggu lepas, tengah hari, lebih kurang pukul 1.30 petang..abah cakap dia sakit dada..sakit yang amat..sampaikan habis satu badan dia berpeluh macam banjir..aku pula tak tahu apa-apa..sungguh..aku memang sangat tak reti hal-hal sakit ni..jadi, aku bawa abah ke klinik..bahagian kecemasan..kat sini, hanya klinik kesihatan tu yang paling dekat selain klinik swasta..hospital memang jauh..

sebab tu, kakak aku tanya parents aku, kenapa dulu tak buat rumah kat kota bharu..kan senang, dekat dengan hospital..

lepas pembantu kesihatan (tak pun orang panggil HA) cek ECG abah, dia cakap ni kes MI..aku dah laa blurr tentang dunia perubatan..aku dok fikir sorang-sorang, benda alah apa laa MI tu..tiba-tiba aku dengar HA tu cakap dengan kawan dia, pakcik ni kena heart attack..dumm~!! heart attack?? sepanjang aku kat bilik kecemasan tu, aku rasa lenguh semacam..rasa lembik..macam kena denda berdiri sejam bawah panas.. lepas tu pulak, diorang cepat-cepat nak hantar abah ke hospital..


henset aku pulak kingkong..bateri habis...aku punya laa gelabah..nak bagitahu ma lagi pasal abah ada kat klinik..at last, aku text kakak aku suruh bagitahu ma yang abah ada kat klinik..sebab ma tak reti pasal mesej ni..orang tua kan, biasa laa.. pastu, bila tahu abah kena hantar ke hospital, aku mintak dengan HA tu nak pinjam telefon klinik nak call ma..ma pulak tak reti nak drive sendiri ke hospital..tambah lagi, dia gelabah bila dengar orang sakit..every time..jadi, aku balik ambil ma dulu kat rumah, then terus ke hospital..


kitorang memang dah takut gile time tu..maklum laa..kes jantung kan..main part of our body..telefon semua saudara mara, kakak-kakak..kakak-kakak aku terus balik dari kl petang tu..tapi, alhamdulillah syukur ya Allah..abah masih panjang umur..alhamdulillah..lebih kurang 2 minggu aku dengan ma ulang-alik dari hospital..setiap malam, aku dengan ma bermalam kat hospital temankan abah..minggu pertama, ma cuti..minggu kedua ma dah start kerja..abah pun macam dah stabil..pagi, pukul 6.30 aku hantar ma pergi sekolah..petang pukul 3, kitorang pergi hospital lagi..bermalam kat hospital..macam tu laa setiap malam..tapi, aku tak kisah.. yang syoknya, kitorang siap bawa toto dengan bantal empuk..haha

pendek cerita, hari ni abah dah keluar wad..mintak2 abah akan terus sihat seadanya..

I LOVE ABAH~!!




nota kaki : pernah sekali aku tak tahan tengok abah dok dalam CCU tu, aku menangis..sedaya upaya aku tahan tak nak menangis depan abah sebab takut abah patah semangat..sayang abah~

3 comments:

  1. semoga abah anda terus sihat .. amin..

    ReplyDelete
  2. semoga abah kamu cepat sembuh, dipanjangkan umur, dirahmati Allah... amin...

    ReplyDelete
  3. terima kasih.. harapnya macam tu laa..amin.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...