Saturday, January 9, 2010

kalau saya mahu cari Mr. X, saya mahu yang begini..

sebelum aku sambung episod ronda2 tahun baru aku..
aku mencelah dengan entri yang ni dulu..


bilamana kita adalah seorang manusia normal,
pasti kita akan terfikir ciri-ciri jejaka/gadis idaman hati..
pasti!!
each one of us pasti ada ciri-cirinya tersendiri..


aku??
aku mahu yang begini..

BEGINI..


1. beriman

aku perlukan lelaki yang mampu bimbing aku ke jalan yang satu.. dan mampu untuk pimpin aku tanpa rasa jemu..aku mengaku diri aku belum lengkap..belum cukup sempurna terutama sekali hal2 begini..
jangan laa pulak nanti, masuk je maghrib, ajak aku karoake..siyes si duniawi yang bengong..
nauzubillah..


2. handsome

siapa tak mahu bergandingan dengan mamat hensem?? bagitau aku kalau berani!
aku nak!! tapi..layak ke aku?? agaknya, kalau aku dok syok jalan2 dengan pakwe/tunang/hubby aku, adakah orang akan kata, "wah, mereka berdua bagai pinang di belah dua! very perfect couple"??? ataupun, orang akan cakap macam ni, "oh my! mereka berdua bagai batang pisang dibelah tiga"..
erk..ada ke perumpamaan macam tu?? macam cacat jek..haha

jadi, kesimpulannya, aku ubah sikit ciri kedua aku ni, bukan handsome, tapi good looking..orang kata, biar sedap mata memandang..sebab kita bukan nak tengok dia sehari dua, tapi, insyaAllah, kalau dipanjangkan jodoh, nak tengok dia sampai tua kerepot pun, takkan jemu..hehe~

(tak boleh fikir siapa contoh yang good looking..guna je laa imaginasi sendiri..hehe)


3. tinggi

ada ke lelaki yang suka awek/tunang/bini dia lagi tinggi dari dia?? mungkin ada..tapi, tak ramai..
kalau aku.. aku suka lelaki yang lagi tinggi dari aku..dalam kata lain, he must be 165cm and above..tapi,jangan laa pulak sampai 180cm..sakit batang tengkuk aku nanti asyik kena mendongak kalau nak bermanja bercakap dengan dia..
(uish..sejak bila aku reti jadi gediks nih?? haha ahh..lupakan..)

sebabnya, aku suka pakai high heels 4 inci.. kalau tak percaya, pergi selongkar koleksi sandals aku (kalau tak malu), agaknya akan jumpa ke tidak flat sandal.. jawapannya?? tidak!!
(oh lupa..aku ada beli sepasang flat sandal last week..yang tu akan aku cerita kemudian, kenapa..)


~jadi macam dalam movie lovely complex~


tapi, for exception, aku tak kisah kalau dia tak kisah aku lagi tinggi dari dia walaupun aku pakai high heels itu.. huhu


4. berpelajaran tinggi

this is a must! kalau boleh, dia mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan sama dengan aku..sekurang-kurangnya.. kalau higher level, lagi bagus..hihi



sebabnya, aku ni jenis pemalas nak baca buku..jadi, cara paling mudah nak dapatkan maklumat?? tanya je kat kawan/pakwe/tunang/hubby..senang cerita..hahaha

lagipun, kalau dia bijak, smart, pandai, automatically dia boleh kumpul duit banyak2, sebab aku suka shopping.. haha =D


5. terer english

aku mengaku aku tak reti english..band 4 MUET pun cukup2 makan jek..kadang2 kalau speaking pun, grammar tunggang langgang..hahaha
tapi, aku sangat suka bahasa ketiga ni..jadi, aku sangat appreciate it kalau dia mampu betulkan grammar aku..

syok weyh ada cikgu peribadi tak berbayar..hahaha~


6. sense of humor

this is also a must!
aku memang tak tahan dengar si mamat serius..nanti tak pasal-pasal aku jadi cepat tua sebab takde masa nak senyum..teettt~

hah..lagi satu..aku suka buat lawak a.k.a aku suka gelak..jadi, aku harapkan dia jugak akan gelak dengan lawak aku walaupun tu sekadar lawak bodoh..
sangat tak best weyh kalau gelak sorang2..ouch! cubalah kau buat lawak, pastu kau sorang jek yang gelak.. pakwe kau buat dono jek..siyes rasa nak humban jek dia ke dalam laut..


~buruknya gelak cenggitu~


tapi, jangan lew pulak asyik nak gelak..kang tak pasal2 jadi sewel..tettt~ hahaha


7. pandai masak

best oo ada laki pandai masak..nanti kalau aku sakit, tak mampu nak masak, tak de laa tiap2 hari aku kena makan nasi bungkus.. isk..


8. sayang dan hormat ibubapa

ciri2 ni patutnya berada di no 2 at least..tapi, tak apa, sebab semuanya penting dan semuanya di no SATU..

dia WAJIB pandai jaga hati, sayang, hormat ma abah aku dan jugak his parents..
kalau cuti 3 hari pun, tak berkira untuk pulang ke kelantan sekali sekala bertemu ma abah aku..
kalau time raya ke gathering ke, seronok boleh enjoy macam ONE happy family..
yeah!!~ hehe


9. good manner

aku tak tahan lelaki yang asyik menyumpah seranah..macam nak panggil segala haiwan dalam hutan kalau masa dia marah..
aku benci manusia yang tak tahu nak jaga air muka orang lain depan yang lain..konon dia sangat hebat dan gah dengan menyumpah seranah..oh my!


10. tahu bila harus diam dan bersuara

kalau sedang menonton televisyen, aku suka kalau masing2 menghayati cerita tersebut..bercakap hanya bila perlu..

aku sangat tak suka, bila aku sedang menonton eira syazira dalam 'Cinta Balqis' tengah menangis sebab sedih nak tinggalkan anak dia dengan orang lain, tiba-tiba ada yang sampuk, "huh..koya sedih dio nih..jerik lah konon..padahal air mata tok tubik pong..doh laa muko tok lawa pun.."
(translation : huh..perasan sedih dia nih..menangis laa konon..padahal air mata tak keluar pun..dah laa muka tak lawa pun..")


weyh..kau diam lah!!
walaupun aku tak minat pun dengan eira syazira tuh, tapi.. please!!
aku tak tahan si mulut becok yang asyik mengomel segalanya tak betul..

dan..
jangan laa pulak bila aku tanya pendapat pun, asyik diam..huh..memang menyakitkan hati..


11. tak larikan diri waktu aku ajak shopping..

kalau aku nak shopping, aku tak suka shopping sorang2..sebab kalau aku buntu nak pilih antara dua, aku perlukan pertolongan..lagipun, kalau aku beli yang tak lawa, dia jugak yang akan mengomel sebab terpaksa tengok aku pakai baju tu for next few months..huhu~





lagipun. nanti siapa nak tolong angkat barang2 aku?? kata sayang kan..jadi mesti laa kena ringan2kan tulang saling bantu-membantu..ngehehe~


12. tahu nak pujuk bila aku merajuk

aku senang merajuk, tapi, aku tak susah untuk dipujuk..

atau, aku buat2 terpujuk..hehe~



banyak lagi kot ciri2 idaman neyh, tapi tak larat daa nak pikir..
lagipun, kalau panjang2 benar, bosan untuk dibaca..




tapi, aku tahu..ini hanyalah impian..impian yang belum pasti..

sebab..nanti bila sampai waktunya, ciri2 ni perlu dipertimbangkan semula..dan mungkin bila sampai waktunya, yang hadir, tak ada pun yang memenuhi kriteria seperti di atas..

kalaupun ada, tapi, kalau perasaan tu tak hadir, kita tetap tak boleh tipu diri sendiri..

kan??

^_^

12 comments:

  1. ak rase aku layak sume kriteria kecuali no 11 yg gua langsung xleh nak tlg

    bhahahha

    slamat tinggal eisya

    ReplyDelete
  2. hahha..aduii..setuju..nk pilih org nk hdp..bukan cam plh baju je.ki3x~

    ReplyDelete
  3. tiada owng yg sempurna..

    ReplyDelete
  4. ARC : isk..kriteria 11 tu agak penting sbnrnya..haha

    ReplyDelete
  5. elyana : betul! even nak pilih pakwe pun, kena pilih utk jangka masa pjg..klu berhenti d tgh jln, tu lain kira..huhu

    ReplyDelete
  6. anybody : yes..no one's perfect..i know dat..sbb tu i ckp, bila kita jmpa dat sum1, kita kena pertimbangkan blk semua ciri2 tu..

    ReplyDelete
  7. yup sgt setuju, bile kite jumpe org yg wat kite happy, bg saye dah memadai, tpi tgk2 lah gak..jgn terlampau demand ngn mende yg remeh.
    =) hehe..nice entri lah sis!

    ReplyDelete
  8. 1 6 12 adalah yg plg pnting utk sy hee~
    tp yg laen2 tu pun mmg perlu~

    ReplyDelete
  9. haha benda remeh tu kdg2 boleh cacatkan hubungan..tp sumtimes boleh eratkan ubungan jugak..
    cuma berpada2..huhu

    nway, thanks elyana.. =)

    ReplyDelete
  10. suraya : mostly suka utk dipujuk kan..girls..haha

    ReplyDelete
  11. aelfi : nama saya bukan aisya.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...