Saturday, December 5, 2009

new family member is coming soon!!

pukul 11 semalam kak ngah aku dimasukkan ke wad sebab dah ada tanda-tanda dia nak bersalin..mula-mula, kononnya semalam aku tinggal dengan Hariz sorang kat rumah..tapi, abah aku tak jadi ikut sebab bimbang aku berdua dengan Hariz je kot kat rumah..jadi, aku letak Hariz dalam bilik aku..

semalam, 2 kali dia tersedar panggil mama dia..kali kedua tu, walaupun aku dah bagi nenen (susu) kat dia, masih gak menangis..huh..aku memang tak reti nak jaga budak2..aku tak pernah pun jaga budak2 sebelum ni..jadi, lepas tu, dia pergi tidur dengan Tok Bah dia..nasib baik abah aku tak ikut diorang pergi hospital..kalau tak, memang naya aku..

tapi, tiba-tiba pukul 3 lebih, aku dengar bunyi loceng rumah..durh..siapa laa plak tekan loceng pukul 3 pagi..tapi, aku memang agak diorang yang tekan loceng..memang betul pun..jadi, aku turun laa buka pintu..my mum tak sangka aku yang turun buka pintu..memang aku belum tidur pun masa tu sebab tengah khusyuk online..haha diorang balik pun sebab my sis belum sampai waktunya lagi..tu laa..jadi, sekarang dia ada dalam wad laa..

wahh..im gonna have a niece soon..bole laa beli baju lawa2..kalau tengok baju budak2 jek, mesti aku tengok baju budak2 perempuan..lawa..wonder bila aku akan dapat anak sedara perempuan..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...