Friday, October 23, 2009

makhluk-makhluk chumil..

virus facebook!! hurm..setiap kali aku online dan masuk facebook, mesti akan automatically TERklik di icon barn buddy, cafe world, pet society dan country shop..memang best walaupun agak kebudak-budakan..

those games ni basically untuk kumpul harta banyak-banyak, pastu rasa sangat happy sebab dah kaya..wahaha satu lagi tujuan game ni ialah untuk upgrade level permainan..sebab everytime kita berjaya complete 1 level, there'll be new things that will be offered to us..tu yang teruja sangat..

pet society..

game ni dah lama aku join..dulu, time cuti semester, setiap hari aku cek pet aku..untuk memastikan kebersihan, kegembiraan dan kekenyangan dipenuhi.. sebab kalau tidak, pet aku asyik tidur aje, sebab letih kot.. selain tu, ada banyak lagi yang boleh buat macam pergi gimnasium..boleh tanding lari-lari..kalau menang, dapat 30 coins as reward..tak pun, boleh bet, pet mana yang akan menang dalam race..nilai betting tu kita boleh tentukan..tak pun, boleh pergi fishing kat tasik..tapi, sebelum tu, kena beli dulu makanan as umpan kat kedai food..baru laa boleh memancing..tapi, aku memang tak pro kot bab pancing-memancing ni..asyik terlepas aje..tak pun, kalau dapat, kadang2 tayar basikal buruk, sauh..kalau nasib baik, dapat laa ikan atau mutiara..sumpah happy kalau dapat tangkap ikan..hahaha kalau dah rasa kaya sikit, boleh laa hias rumah dengan perabot..perabot2 ni boleh beli kat kedai perabot..knak tukar lantai dengan wallpaper pun boleh..semua ada jual..lagi satu, sekarang ni pet society dah di upgrade..dah ada garden daa..benih tu boleh laa beli kat kedai 'garden'..pastu tanam kat belakang atau depan rumah..at last, benih tu akan jadi pokok bunga as hiasan atau pokok buah-buahan.. setiap kali dah capai tahap tertentu, bilik-bilik kat rumah kita akan ditambah..sampai bertingkat-tingkat rumah jadinya..kalalu rajin menghias, memang lawa laa rumah diorang..rumah aku pula, simple aje..tak banyak barang..lagipun, belum cukup kaya..hihi =D

~yang pasti, ranking aku bukan top 5..
bukan juga top 10..
bunga tu hasil tanaman aku kat depan rumah..~

barn buddy..

game ni pulak pasal bercucuk tanam..objektif utama tetap sama, untuk tambah harta dan tingkatkan level permainan..mula-mula join, dah dapat 1000 coins..coin ni boleh guna untuk beli benih nanti..tapi, sebelum dia dah bagi few benih..then, tanam benih tu..kalau tanah nampak kering, sila siram ye..kalau tak, pertumbuhan akan terbantut..begitu juga kalau, ada weeds atau bugs kat crop kita..pertumbuhan akan terbantut..jadi, untuk selesaikan masalah, sila sembur racun serangga dan racun lalang..tanaman ni akan ambil masa yang lama untuk tumbuh, jadi tak perlu laa nak mengadap barn buddy aje 24 jjam..ada diberitahu di situ, berapa lama untuk tumbuhan tu fully grow.. lepas dah tumbuh sepenuhnya menjadi tumbuhan yang sempurna, sila harvest ye untuk mengelakkan daripada tumbuhan anda dicuri oleh rakan-rakan anda yang tangan panjang..tapi, kalau kita nak exercise tangan untuk jadi lebih panjang pun boleh juga..klik aje kat icon tangan hitam dan sila berpura-pura untuk melawat tanaman rakan, padahal nak curik..woh..anda sungguh licik..haha lagi satu, tanaman ni ada yang boleh harvest sekali atau 2 kali bergantung kepada jenis tanaman..jenis-jenis tanaman ni pula bukan setiap level boleh beli..tapi, will be offered bila kita dah di tahap tertentu..best..boleh kumpul duit banyak2..kalau nak tambah kekayaan dengan cara tak halal, boleh curi kawan punya tanaman..tapi, buat keje tak halal kat sini aje tau..jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti..huhu


~harta2 yang aku dah kumpul dan
tanaman yang sedang membesar dengan sihat dan
hadiah bunga yang aku dapat sebab dapat up level..ngee~~


country shop..

game ni lebih kurang aje dengan barn buddy..pasal bercucuk tanam..function yang ada pun lebih kurang sama dengan barn buddy..dan boleh curi hasil tanaman rakan..hihi dalam country shop ni, kita boleh hias rumah dengan tukar-tukar warna cat..selain tu, ada quest..kalau kita berjaya selesaikan task tu, kiata akan dapat reward like coins and foods..haa..lagi satu, dalam country shop ni, we have to feed katun tu laa untuk tambah tenaga, sebab kalau tenaga habis, he/she will not be able to do anything..kalau dah complete 1 level, kita boleh tambah crop kita..jadi lagi banyak tanaman boleh ditanam..dan lagi banyak harta boleh dikumpul...wohoho


~rakan-rakanku yang semuanya gadis2
dan rumah serta tuan yang berwarna pink..
hasil pilihanku~

cafe world..

ni game latest yang aku join.. game ni lain sikit daripada those 2..bukan pasal tanaman..tapi pasal cafe..kita kena masak menu banyak2, then, tinggalkan atas meja hidangan..menu ni kena beli laa..dan it takes times untuk siap masak..lagi satu, kita kena our friend as waiter/waitress untuk hidangkan makanan kepada pelanggan..jadi, kita tak perlu laa nak mengadap laptop aje sebab kerja-kerja tu dah diambil alih oleh our waiter/waitress..tapi, pastikan makanan sentiasa ada sebab game ni akan selalu on walaupun kita offline..sometimes, we'll be invited untuk ke cafe our friend..if we accept, dapat laa income..boleh tambah harta lagi..hahaha


~2 burger yang aku tengah siapkan
dan pelanggan2 yang tlg tambah harta aku
serta cafe yang masih kecik..
bila laa mahu membesar cafe aku nih..~


memang best main those games..lagipun, games ni chumil..huhu tapi, kena ada limitation laa..kalau tidak, memang akan terbazir masa layan game aje..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...