Friday, October 30, 2009

gembira yang memeningkan..

setelah 1 semester aku berniat untuk daftarkan kereta aku a.k.a dapatkan sticker untuk kereta aku, akhirnya hari ini, dapat jugak sticker yang ku idam-idamkan itu..wahaha

mana tak nya, selama ni, masuk UM pun secara illegal..macam gamble jek..kalau pak guard tak tahan, alhamdulillah..kalau tidak, alamatnya kena bersoal jawab laa..kalau pak guard tu baik, dia lepaskan dengan sengihan..kalau tidak, muka macam nak makan orang..huh..

sebenarnya, rules baru UM, salah satunya, pelajar tahun 1, 2, 3 dan pelajar asasi tak dibenarkan untuk bawa masuk kereta..tak pun, boleh bawa masuk, tapi kena masuk ikut gate damansara..huh..ingat dekat nak masuk ikut gate tu..jauh tau..pulak tu..aku bukannya tahu pun jalan kat sini..silap-silap boleh makan buah langsat free..huh.. haa..lagi satu, kereta pula kena park kat area kolej 10 dengan kawasan palapes.. pastu, kalau nak ke fakulti atau tempat2 lain, kena guna shuttle bus UM..huh..baik tak payah kalau macam tu..

tapi, ada satu hal laa yang aku masih tak pasti..dengan adanya pelekat hijau ni (untuk pelajar tahun 1, 2, 3, asasi), adakah kami masih tertakluk di bawah syarat2 dan peraturan yang sebelum ni?? masih perlu masuk ikut gate damansara ke?? masih kena park di area tu lagi dan guna shuttle bus ke untuk ke tempat lain???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...