Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 1430H

bulan Ramadhan penuh berkat tiba lagi..alhamdulillah dan syukur sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dan terus merasakan nikmat dan saat manis di bulan Ramadhan ni..harapnya Ramadhan ni akan lebih baik daripada yang sebelumnya..

sangat senang untuk mengatakan diri mahu berubah ke arah yang lebih baik..tapi sebenarnya sangat susah untuk melakukan..walaupun berjaya, mungkin bukan sepenuhnya ikhlas..tapi, doa dan tawakkal tak bererti tanpa usaha..

antara azam aku pada Ramadhan kali ni, aku nak khatam Quran yang tak sempat khatam semester lepas..insyaAllah.. =)

tapi..bila agaknya aku tercapai impian aku yang satu ni? aku pernah terniat nak baca tafsir al-Quran..kenapa ye, nak baca tafsir al-Quran, rasa berat sangat nak buat..bukan setakat nak baca tafsir al-Quran, baca buku ilmiah pun terasa berat nak lakukan..tapi kalau baca novel cinta, 600 muka surat pun mampu habiskan dalam masa sehari je..
ni aku cakap pasal diri aku sendiri..tak ada kaitan dengan orang lain..terpaksa mengakui kelemahan sendiri..sebab dari kesedaran kepada kelemahan itu, insyaAllah akan timbul rasa ingin memperbaiki diri..amin..







seLamat meNyamBut buLan RamadHaN
kepada seluruh umat Islam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...