Saturday, August 22, 2009

che mud kuat merajuk..

entah kenapa..mood aku sangat senang untuk spoil sekarang..padahal its nothing, really..macam tak ada kaitan pun sebenarnya..

aku mula perasan bila aku bad mood dengan kak long aku that day time flight aku terlepas..tapi aku bukan bad mood sebab aku missed flight, tapi sebab tiket kereta api untuk balik kelantan pada hari berkenaan dah habis..padahal, time aku cek kat ktmb.com, ada lagi..tapi, selepas aku try untuk purchase tiket tu through online, tak dapat..aku dah cuba banyak kali..that's why aku rasa down..aku terfikir, kalau laa aku pergi KL Central, mesti dapat beli tiket untuk balik hari itu jugak..selepas aku fikir balik, sebenarnya aku bukan marahkan kak long aku..dia tak salah pun..tapi aku marahkan diri sendiri sebab berlengah-lengah dan buat keputusan tak bijak..aku terpaksa admit.. =(

sebelum aku balik hometown hari tu, kak ngah aku dah beli satu kain untuk buat baju kurung for hari raya..tapi, aku tak tahu corak apa yang dipilih..then, 2 hari lepas, aku pergi tengok kain tu kat rumah tukang jahit..sebab my mum dah hantar ke rumah tukang jahit..tiba-tiba, mood aku spoil lagi, sebab aku tak berapa berkenan dengan warna kain tu..terus muka aku berubah..daripada plan nak buat baju kurung riau, terus aku tukar fikiran nak buat baju kurung biasa..tapi, lepas ingat balik sebenarnya corak dan warna kain tu lawa jugak laa..kalau dibuat baju, mesti jadi lawa..most kain memang macam tu..aku dah berfikir positif.. =)

pagi tadi, aku dengan my mum ke pasar pagi lagi untuk cari kain for me untuk dijadikan baju kurung jugak..ada satu kain tu, bagi aku memang agak lawa..tapi, aku tak nak terburu-buru..nanti kalau ada yang lagi lawa, menyesal pulak nanti..jadi, kami pergi dari satu gerai ke satu gerai..memang ada yang menarik perhatian aku, tapi aku takut tak begitu lawa pada pandangan orang lain..tak sepatutnya, kau fikir begitu, sebab pandangan orang lain tak sama semuanya..dan jangan ingat, taste diorang tu lagi kelass..pilihan diorang lagi lawa..aku tengok, baju orang lain pakai tak ada laa lawa sangat.. ok dah..back to the story, sebab aku dah bosan nak pilih kain lagi, jadi aku decided untuk ke kedai 1st kami pergi tadi..tapi my mum pulak yang tak nak..entah kenapa, che mud aku terus lari bertempiaran..tak sempat aku nak kejar..fuhh..lepas tu, aku memang dah tak ada mood untuk pilih kain lagi..semua kain dah jadi tak lawa bagi aku..sebab my mum dah nampak bosan dan lenguh nak jalan lagi, jadi aku decide untuk ke kedai sebelah yang ada satu kain aku berkenan..

walaubagaimanapun, mungkin bukan rezeki orang tu kot..sebab on the way nak gerai tu, my mum tunjukkan satu kain..fuhh..memang lawa..terus bersemangat..dah boleh sengih balik.. =p
masalahnya, antara 2 corak tu, aku tak boleh decide mana satu untuk dibeli..sebab both pun lawa..dan both warna hijau..cuma satu corak bunga dan satu lagi corak abstrak..memang rambang mata nak pilih..selepas agak 15 minit, aku decide untuk pilih yang corak bunga, bukan abstrak..sebab kain yang kak ngah aku beli tu dah corak abstrak..

sebenarnya, aku tak nak beli kain yang mahal, sebab aku jarang pakai baju kurung..membazir aje kalau beli yang mahal, tapi simpan dalam almari..tapi....selepas aku dah berkenan glew, mak cik tu cakap harga kain ni rm100++..ops..tapi, my mum belikan jugak.. =)
I LOVE YOU, MA~~!! =)



hopefully, che mud aku tak buat perangai lagi selepas ni..kesian mereka around me..sebab nak puaskan hati aku, diorang buat apa aje..i've tried..tapi, it happens spontaneously..

anyway, che mud tu merujuk kepada mood aku yang sekarang ni sedang melalui fasa tak stabil..huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...