Tuesday, August 18, 2009

air asia and check-in 40 mins before..

hari ahad lepas, sepatutnya i've flight at 11am..jadi, aku bgn kul 6.30..bersiap dan kemas barang..dan turun breakfast..walaubagaimanapun, aku terlewat siap breakfast..kalau flight pukul 11am..pukul 10.15am atau 10.20am mesti dah kena checked in..tapi aku dengan my sis keluar dari hotel pukul 9.45am..hati aku berdebar gle dan asyik terlintas sempat ke tidak untuk sampai di airport sebelum kaunter ditutup..sis aku drive keta laju gle..dah laa kami bukan nak ke KLIA, tapi mahu ke LCCT..tambah lagi 15 minit dari estimated time..sampai jek rupa-rupanya dah pukul 10.30am..tanya kat pak cik guard tu, dia ckp kaunter check-in baru aje tutup..wohh..pucat aku..1st time aku missed flight.. macam mana aku nak balik??! time tu rasa menyesal gle tak keluar earlier..kalau laa..

balik from airport, aku try cari tiket tren kat ktmb.com..ada laa few tickets left..jadi, i tried to purchase the ticket online..banyak kali aku buat..walaupun awal-awal ditulis still available, tapi lepas aku klik jek terus jadi unavailable daa..takkan laa within few seconds, tiket dah dibeli..mood aku terus down..aku tak nak naik bas..bukan laa apa, tapi aku agak fobia dengan bas..

yesterday morning, aku ke KL Cental alone..kononnya nak beli tiket for last nite..sebelum aku pergi, aku dah cek kat ktmb.com, ada tulis 44 available..tapi, yang sedihnya, aku tanya kat kaunter tu, dia cakap tiket baru jek habis..fuh..menyesal lagi, sebab tak cari tiket awal2..kalau laa..

aku tanya kakak2 aku..then, diorang suruh aku beli another flight ticket untuk kul 3 pm..tapi dah habis, jadi terpaksa laa beli untuk pukul 7.20 pm..harganya aku takkan bagitahu..disebabkan nak beli tiket tu, bajet aku tersasar jauh..tapi disebabkan aku KONON fobia nak naik bas dan nak cepat sampai, aku beli jugak laa tiket flight tu, walaupun ya ampun..mahal gle..elaun sebulan aku habis kat tiket tu aje..aku tahu aku buat keputusan yang tak bijak..kalau laa..

lepas beli tiket, aku pergi mid valley, kononnya nak cari mask..susah betul nak cari mask sekarang..asyik habis stok aje..lepas tu, aku balik hotel, rest kejap..aku bajet pukul 4.30pm aku akan keluar dari hotel untuk ke airport..plan aku, 4.30~5.30pm = dari midvalley ke batu 3 (by komuter)..5.30~6.30pm = dr bt 3 ke LCCT..jadi sempat laa untuk check in.. tapi aku tersilap bajet..aku terlupa untuk bajet untuk kes2 kecemasan seperti komuter yang macam kura2 tu datang lambat dan traffic jam di waktu puncak..

namun, ini sebenarnya yang terjadi..aku keluar hotel lebih sikit dari pukul 4.30pm..tunggu komuter si kura2 untuk ke batu 3 (tapi akan transit di KL Central)..sampai di KL Central pukul 5.05pm..dah sangat terlambat untuk naik komuter si kura2 ke batu 3..aku sangat buntu waktu tu..jadi, berkeputusan ke LCCT by taxi sampaikan terlupa kalau laa..kalau laa aku naik ERL, akan lagi murah dan lagi cepat sampai ke airport..walaubagaimanapun, itu semua hanya disedari di waktu aku dah dibawa pergi oleh pemandu teksi..urghh..melayang lagi elaun aku kat situ..

aku berdebar gle, almost nak nangis sebab sangat sangat takut terlepas lagi flight yang ni..kesian pulak rasanya kat pakcik taxi driver tu sebab kena gesa dengan aku suruh cepat..tapi, nasib baik pakcik ni understanding.. huhu kakak aku dah risau, takut aku tak sempat sampai..dia nak tolong check-in tapi disebabkan aku bawa beg besar dan maha berat, terpaksa laa tunggu aku..dan alhamdulillah, aku sempat sampai!! fuhh..suatu kelegaan yang tak tahu macam nak gambarkan..thanks to my sisters and pakcik teksi.. akhirnya saya boleh pulang!! =)



nota kaki : entri agak panjang kali ni..sebab ni catatan aku untuk 2 hari..kisah aku nak balik hometown..fuhh..hari yang meletihkan..
harapnya, kisah ni akan dijadikan teladan untuk menghadapi hari yang mendatang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...