Tuesday, June 2, 2009

aku tak bunuh mereka!!

aku sangat takut sekarang..dan sangat berdebar..dan sangat kecut perut..waa..tolong aku..
alkkisahnya gini..kat rumah aku ni abah aku bela ikan kelah kalau tak silap aku..banyak..ada berapa belas ekor entah..lupa nak kira..lepas tu, sebelum parents aku bertolak ke Mekah untuk buat umrah hari tu, abah aku pesan suruh jaga ikan-ikan tu semua..antara pesanannya :

- bagi makan 2 kali sehari
- sukatan makanan, 2 sudu kecil (sudu susu)
- tukar kapas yang tapis air tu sebelum air bertakung

aku dah buat semua tu..pagi-pagi selepas hantar hariz ke nursery, aku akan bagi makan kat ikan-ikan tu semua..dan juga kucing..petang, aku bagi makan sekali lagi..
aku tukar kapas tu sebelum air bertakung..lebih kurang 2 hari sekali..
masalahnya, sudu tu tenggelam dalam plastik makanan..sebab time abah aku refill, dia terlupa kot nak keluarkan sudu tu dulu sebelum refill..jadi, aku guna laa tangan..sukat sendiri macam yang abah aku pernah tunjukkan..5 hari lepas, semuanya elok..

tapi, selepas aku bagi makan kat ikan-ikan tu tadi, tak lama selepas tu, aku dengar macam ikan-ikan tu tak senang duduk..aku pergi tengok, rupa-rupanya, most of them dah nyawa-nyawa ikan..ada yang dah tinggal arwah..

aku pun kononnya dengan pantas, pergi isi air dalam baldi dan pindahkan semua ikan tu ke dalam baldi..ada yang masih hidup dengan nyawa-nyawa ikan..dengan berdebar, aku call kakak aku, tanya macam mana nak buat..dia cakap letakkan ikan-ikan tu dalam air yang ditapis..aku tadah laa air tapis tu ke dalam baldi dan pindahkan lagi ikan-ikan tu..tapi kan...semuanya dah mati.. =(

sedih betul aku..dan sangat takut..takut kena marah dengan abah aku..sebab tak jaga ikan dia dengan elok.. i'm really sorry.. =(
macam mana ni??????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...