Thursday, December 7, 2017

Pengalaman Pertama Berbekam di Bekam Al-Insyirah Kota Bharu

 Assalamualaikum

Beberapa bulan sudah aku ada terbaca di Facebook satu artikel berkenaan bekam dan kebaikan bekam. Apatah lagi bekam ini merupakan salah satu sunnah Nabi S.A.W. Melihat kepada kebaikan bekam, timbul keinginan untuk mencuba. Lagipun rasa macam puas bila lihat darah kotor terkumpul. Hehe.
 
 
Tapi tetap ada kerisauan untuk mencuba disebabkan beberapa faktor. Faktor paling utama sebab takut sakit bila dicucuk jarum. Aku memang penakut jarum. Ini kenyataan. Hehe

Jadi aku lupakan niat aku untuk mencuba bekam.

Namun, beberapa hari lepas, aku terjumpa balik cerita tentang bekam. Maka, aku terus google pusat rawatan bekam di Kota Bharu, Kelantan. Banyak juga hasil carian yang keluar. Aku whatsapp beberapa pusat rawatan bekam yang aku jumpa di Facebook. Salah satunya ialah Pusat Rawatan Bekam Al-Insyirah. Aku tanyakan harga pakej dan direspon dengan agak cepat. Aku ingatkan nak book terus esoknya, tapi aku baru terbaca rupanya ada tarikh-tarikh sunnah untuk berbekam iaitu pada 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan Hijrah.

 

Jadi, aku tangguh sehingga semalam – 6 Disember 2017 (17 Rabiul Awal 1439H). Aku whatsapp pukul 12 tengah malam untuk book, dan direply pukul 3 pagi. Efisyen kan? Haha. Tak tahu lah dari mana timbul kekuatan untuk berbekam ni.

Mula-mula sampai, jurubekam minta aku isi satu borang, lebih kurang consent form. Kemudian, beliau ambil bacaan tekanan darah. Tekanan darah aku rendah, tapi alhamdulillah masih boleh teruskan. Oh lupa, bagi orang perempuan yang dalam haid, tak boleh teruskan kecuali kalau dah hujung haid. Dan bagi perempuan, perlu bawa kain sarung untuk salin.

Mula-mula, jurubekam akan urut belakang badan. Jangan risau sebab bagi perempuan, jurubekam perempuan yang akan buat. Kemudian, diteruskan dengan bekam angin. Dia letakkan cup di titik-titik tertentu di belakang badan. Masa ni belum dicucuk jarum lagi. Hehe. Aku ada tanya dia samada dia gunakan jarum baru, dia cakap ya. Risau juga kan kalau bercampur jarum.

Lepas beberapa minit, dia tanggalkan cup. Sebelum cucuk, jurubekam tu bagitahu aku yang dia akan cucuk. Haishh berdebar juga sikit. Di mana kekuatan aku tadi??? Haha

Masa dia cucuk di kawasan atas, tak la terasa sakit sangat. Rasa macam kena gigit semut merah kecil je. Kemudian dia cucuk bahagian tengah. Ok rasa sakit sikit, macam semut gigit berjemaah. Tapi, bahagian paling sakit dekat kawasan pinggang. Yang tu rasa macam kena gigit dengan semut merah besarrrr.. Ouchh! Kemudian, dia letakkan balik cup di tempat yang dicucuk. Masa ni dah tak sakit. Sakit sekejap tadi je.

Dia biarkan dalam beberapa minit macam tu. Aku tak pasti berapa minit sebab tak pakai jam, tapi macam tak berapa lama sangat, nak tidur pun tak sempat. Hehe. Ma aku ada sekali masa aku bekam tu. Dia cakap tak banyak sangat darah yang keluar. Mungkin juga sebab ini baru kali pertama.

Setel... Yay! Alhamdulillah. Hehe

Secara keseluruhan, aku puas hati dengan rawatan bekam yang disediakan di Pusat Rawatan Bekam Al-Insyirah ni. Alhamdulillah.


Untuk rujukan sesiapa yang mencari rawatan bekam, ini maklumat berkenaan pusat rawatan bekam ni.

Waze/Maps: Pusat Rawatan Bekam Al-Insyirah (https://www.facebook.com/bekaminsyirah)
Alamat: Lot 56-B, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan (Wakaf Che Yeh - Selepas kedai RM 2 dari arah KB, sebelah kiri tepi jalan besar)
Waktu operasi: 9 pagi – 10 malam (Perempuan sehingga pukul 5 sahaja)
No telefon: 019-928 2595
Harga Asas: RM 5/cup. (Untuk harga pakej, korang boleh whatsapp no kat atas tu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...